isu pencemaran air
ISU PENCEMARAN AIR 1.0 PENGENALAN Isu pencemaran air seperti pencemaran laut dan pencemaran sungai semakin berleluasa. Negara-negara di dunia ini sibuk berlumba-lumba menjalankan urusan perdagangan dan telah mengabaikan isu alam sekitar khususnya isu pencemaran air. Menurut Mahathir Mohamad (2019), isu pencemaran seperti tumpahan minyak dan pembuangan sampah sarap sememangnya menjadi isu yang amat membimbangkan pada masa kini. Khususnya, laut-laut dan sungai-sungai yang dijadikan sebagai laluan perdagangan. Antara pantai yang paling kotor di dunia ialah Pantai Juhu di India, Pantai Kuta di Indonesia, Pantai Kamilo, Hawaii di Amerika Syarikat, Teluk Maya di Thailand dan Phu Quoc di Vietnam (Dwi Astarini, 2019). Kebanyakn laut-lautan dicemarkan atas kelakuan pembuangan sampah khususnya bahan plastik yang sukar dilupuskan. Sebanyak 13 juta tan plastik dibuangkan ke dalam laut pada setiap tahun (Ahmad Ismail, 2018). 2.0 KONSEP MORAL, ETIKA DAN AKHLAK Menurut Dewan...