isu pencemaran air

ISU PENCEMARAN AIR

1.0 PENGENALAN

Isu pencemaran air seperti pencemaran laut dan pencemaran sungai semakin berleluasa. Negara-negara di dunia ini sibuk berlumba-lumba menjalankan urusan perdagangan dan telah mengabaikan isu alam sekitar khususnya isu pencemaran air. Menurut Mahathir Mohamad (2019), isu pencemaran seperti tumpahan minyak dan pembuangan sampah sarap sememangnya menjadi isu yang amat membimbangkan pada masa kini. Khususnya, laut-laut dan sungai-sungai yang dijadikan sebagai laluan perdagangan. Antara pantai yang paling kotor di dunia ialah Pantai Juhu di India, Pantai Kuta di Indonesia, Pantai Kamilo, Hawaii di Amerika Syarikat, Teluk Maya di Thailand dan Phu Quoc di Vietnam (Dwi Astarini, 2019). Kebanyakn laut-lautan dicemarkan atas kelakuan pembuangan sampah khususnya bahan plastik yang sukar dilupuskan. Sebanyak 13 juta tan plastik dibuangkan ke dalam laut pada setiap tahun (Ahmad Ismail, 2018).

2.0 KONSEP MORAL, ETIKA DAN AKHLAK 

Menurut Dewan Bahasa dan Pusaka, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak, adat, sopan santun dan sebagainya yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.  Sebagai seorang insan yang bermoral, kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni seperti prihatin dan bertanggungjawab. Kita perlu mengambil berat terhadap kebersihan dan kerohanian alam sekeliling. Buang sampah di dalam tong sampah dan bukannya buangkan di merata-rata tempat. Jangan buangkan sampah sesuka hati atas kesenangan dan untuk memudahkan diri sendiri.

3.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA ISU PENCEMARAN AIR

Antara punca berlakunya isu pencemaran air iaitu pencemaran laut dan sungai adalah kerana pembuangan sampah sarap ke dalam sungai dan laut. Menurut Azis dan Amin (2019), sikap masyarakat yang menjadikan sungai seolah-olah tempat pelupusan sampah sarap, sisa pertanian serta industri adalah antara punca berlakunya pencemaran air di negara Malaysia.   Selain itu, pencemaran air berlaku apabila sifat kimia air mengalami perubahan langsung atau tidak langsung akibat pelepasan buangan atau kemasukan pencemar ke jasad air sehingga kegunaan berfaedah air terjejas. (Jabatan Alam Sekitar,2015).    Keadaan atau tahap pencemaran air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut seperti oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia(BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu.  Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran fizikal, kimia, fisiologis dan biologi.  Pencemaran fizikal ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber air tersebut manakala pencemaran kimia disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat, lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam beracun serta tumpahan minyak di lautan.

4.0 KESAN PENCEMARAN AIR 

Menurut Izatul Asma (2019), pencemaran laut ini telah memberi kesan besar atas hidupan liar marin. Ribuan penyu, camar laut, anjing laut dan mamalia laut lain terkorban saban tahun akibat tertelan plastik dan terperangkap di dalamnya. Selain itu, pencemaran air akibat pembuangan plastik ke dalam laut juga mengancam kesihatan manusia. Contohnya, gangguan endokrin dan proses mutasi yang mengakibatkan kanser. Di samping itu, bagi mengatasi isu pencemaran air tersebut, kerajaan perlu menyumbangkan sejumlah wang yang besar sebagai kos pemulihan.  Selanjutnya, pencemaran air boleh membawa pelbagai masalah kepada hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuk manusia sendiri. Bahan-bahan toksik yang dibuang ke dalam sungai akan menyebabkan hidupan akuatik tersebut mati akibat memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar. Maunia juga akan mendapat penyakit jika terminum air yang dipenuhi dengan bahan-bahan cemar  seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat, racun rumpai, bacteria, virus dan haloform.    Tambahan pula, pencemaran air juga akan menyumbang kepada berlakunya banjir kilat disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut.  Keadaan ini berlaku akibat pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai .  

5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU PENCEMARAN AIR

Pihak kerajaan di ketiga-tiga peringkat iaitu Persekutuan, negeri dan tempatan mesti bekerjasama tenaga untuk mengatasi masalah pencemaran air. Pihak kerajaan boleh menyekatkan penggunaan beg plastik di premis perniagaan. Selain itu, kerajaan boleh menggalakkan pelbagai usaha inovatif seperti “waste into wealth”. Konsep 4R iaitu kurangkan, guna semula, kitar semula dan tolak perlu digalakkan. Ahli masyarakat boleh membawa beg sendiri semasa membeli-belah di pasar raya untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Pihak sekolah haruslah mengajar anak murid tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Pihak sekolah boleh menyediakan tong sampah kitar semula di kawasan sekolah.   Selain itu, penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cekap.  Dengan wujudnya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak yang boleh membahayakan.organisma-organisma di dalam lautan.   Selanjutnya, pihak kerajaan boleh menubuhkan sebuah yayasan atau kelab pencinta sungai dengan mengambilkira ramai pakar dan perunding dalam alam sekitar berminat memberi sumbangan secara sukararela. Memberi pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat tentang pemuliharaan dan pemulihan sungai.   Tambahan pula, pihak kerajaan boleh mewajibkan sistem pembemtungan air buangan dan loji pelepasan bahan sisa-sisa bersepadu.  Melalui sistem tersebut, air akan dirawat mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar sebelum disalurkan ke dalam sungai.   Akhirnya, kerajaan juga boleh menggubal undang-undang yang melarang sesiapa daripada melakukan kegiatan mencemarkan sungai.  Undang-undang yang berkaitan dengan pemuliharaan sungai perlu diketatkan untuk mengurang pencemaran sungai.

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, isu pencemaran air semakin hari semakin berleluasa mengikut pertambahan bilangan pengguna.  Jadi, setiap individu harus mengambil pengajaran tentang kesan pencemaran air ke atas alam sekitar, organisma-organisma akuatik dan juga manusia sendiri dan memikul tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar kerana inisiatif ini merupakan tanggungjawab semua.  Sebagai seorang insan yang bermoral, kita seharusnya mengambil tindakan untuk menangani masalah pencemaran air yang semakin membimbangkan seluruh dunia seperti mengurangkan pembuangan sampah ke dalam sungai, membersihkan sampah yang bertaburan di pantai dan laut dengan mengumpul sampah dan memasukkan ke dalam tong sampah berhampirandan dan tidak sesekali membuang bahan cecair seperti cat, minyak atau cecair lain yang menyukarkan proses rawatan ke dalam singki, lubang tandas dan longkang.

RUJUKAN
Ahmad Ismail. (2018, Jun 5). Pencemaran Plastik Ancam Hidupan Laut. Dimuat turun daripada https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/06/434140/pencemaran-plastik-ancam-hidupan-laut
Azis, M. N. & Amin, R. I. (2019, Julai 27). Kita Sendiri “Racun” Sumber Air. Dimuat turun daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/589834/kita-sendiri-racun-sumber-air
Dwi Astarini. (2019, Ogos 20). Pantai Terkotor Di Dunia, Adakah Yang Di Indonesia? Dimuat turun daripada https://merahputih.com/post/read/pantai-terkotor-di-dunia-adakah-yang-di-indonesia
Izatul Asma. (2019, Jun 8). “Lautan” Plastik Toksik Masalah Antarabangsa. Dimuat turun daripada https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/06/572147/lautan-plastik-toksik-masalah-antarabangsa
Mahathir Mohamad. (2019, April 26). Usaha Tangani Masalah Pencemaran Laut Tanggungjawab Bersama.  Dimuat turun daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/usaha-tangani-masalah-pencemaran-laut-tanggungjawab-bersama-dr-mahathir-206054
Jabatan Alam Sekitar. (2015). Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Dimuat turun daripada https://enviro.doe.gov.my/ekmc/wp-content/uploads/2016/09/7-EQR-2015-Bab-6-1.pdf


Disediakan oleh Loh Li Wei dan Jasmine Tay 

评论